Friday, December 30, 2011

terima kasih!




assalamualaikum..
saja nak cakap "THANK YOU" sebanyak sepuluh kali tanpa henti!
azam baru untuk tahun depan kena lebih mantap. Mana tahu boleh turning jadi KMC! wa la weyyyyy..... dan yang lebih baik JADI ANAK YANG SOLEHAH.. ha9
apa2 pun doakan kita nak jawab exam! Terima kasih daun keladi!
ok bye!
HAVE A NICE DAY EVERYDAY..

Thursday, December 29, 2011

Sekadar rehat 5minit


assalamualaikum..

I'm home!!! ok esok sudah mau pulang Melati..(kolej saya yang gah tinggi 9 tingkat).
Dalam kepala macam2 tengah berpusing. Mungkin orang kata sibuk berfikir. Mungkin lah tapi siapa yang tahu aku fikir apa? bhaaa...bukan senang tau nak membesar jadi orang dewasa yang matang berfikir tentang dunia.Ahh aku sedang pelajari untuk terus kuat dalam dunia yang kecil ni..simpan dalam poket pun muat! siap boleh lipat kemas2 lagi.

Tiba2 aku teringat dia. Bukan senang nak hidup dengan dia. Ahh bila dah satu naluri dengan perempuan ni memang susah. Aku rasa sesal dan sedih bila aku tinggalkan dia sorang2. Dia pun tak bersuara untuk sekian lamanya. Mungkin kita boleh kategorikan sebagai senyap. Aku pun senyap. Maaf la kawan. Mungkin hidup ni sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.Macam Ibn Khaldun cakap la dalam Buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia. tak dapat nak di sangkalkan lagi bila itu adalah kebenaran. Aku pula ikutkan saja peredaran tu agar keadaan tak jadi huru hara. Aku ni bukan jenis yang faham perasaan orang. Asalkan aku dan kau biasa dan bahagia sudah la.. Tak pe ape2 pun kau tetap dalam doa.ha3 =]

Huhhh..untuk yang lain aku ucapkan SELAMAT MAJU JAYA. Bukan senang nak berjaya dalam kalangan yang berjaya ni. Apa2 pun Usaha itu penting dalam segala aspek. Kalau sekadar movie korea,angry bird,PTPTN diharapkan memang la tak jadi satu kebanggaan.

Ok bye!


p/s: Posmen klu hantar pos memang amik masa lama so dengan cara ni anggap saja aku hantar guna merpati ikat dekat kaki nota kaki..

Tuesday, December 20, 2011

Gambar bercakap.

assalamualaikum..


kali ni aku terasa nak cakap guna gambar. Walaupun aku sekarang sedang mengarang ayat tapi asalkan aku tak bukak mulut untuk bercakap kira ok la... sebab kadang2 perlakuan tak perlukan perkataan.kali ni aku pilih gambar2 yang aku suka tengok sejak kebelakangan ni. Tapi boleh jugak la aku selalu tengok.Manusia sentiasa mahukan warna warni dalam kehidupan. Yesss itu sudah pasti.

Gambar ni aku main SAVE AS IMAGE je... sebab aku rasa aku boleh beli banglo yang blur2 tu...Nampak lawa dan old skool sikit..atau banyak. Hahaha baru aku tahu tak semua tempat buruk itu memang buruk. Buktinya gambar dekat atas tu huh... Kan cantik lagi osemmmmmmm??? Terima kasih dan tahniah kepada yang menangkap gambar banglo bersama lalang2 tu.Sangat cantik dan osemmmmm seklai lagi. Aku suka. Kalau tangan kau mampu tangkap gambar,biarlah mata kau pula puas tengok hasil tangkapan kau hahaha terasa dejavuuuuuu pula..


Dulu mula2 masuk UiTM Shah Alam wajah aku macam yang atas... tapi sekarang dah tukar macam Panda...lebig advance lagi Kungfu Panda. Serius tak tipu..Lately aku pilih waktu pagi burung hantu cari makanan sebagai waktu aku tidur. Tutup mata tapi kepala masih lagi berpusing2 formula nak berjaya. Hahaha.... mungkin sebab budak degree nak Final Sem 1 so gagah la aku stay up... tapi kali ni aku pilih untuk rehat kan minda dengan buat benda2 macam ni. hahaha... esok aku strugle even tho "Bila pagi jangan tunggu petang, bila petang jangan tunggu malam" yess itu la dia...

Dan akhir sekali, aku dah tengok video Dena! Nice and sweet for those yang suka kan gaya yang macam tu. Bagi aku itu akan jadi satu revolusi dimana remaja2 akan mula bercinta selepas berkahwin. Bagus lah.... tak la larghaaaa semuanya.. Tahniah. Bila semua dah bercakap pasal cinta aku pula sibuk nak bagi pendapat. "Tak semua perkara yang melibatkan 2 jantina yang berbeza adalah indah bila terbit rasa cinta sebab dengan hanya sekelip mata saja rasa tu boleh hilang atau diganti dengan lain" Bagi aku tak perlu cari hati lain kalau diri sendiri rasa sunyi dan sepi. Hanya jadikan yang datang tu sebagai medium untuk rasa bahagia sebentar sedangkan dalam lubuk hati kata tak suka. Kan dah merupakan satu perkara yang buruk.. sebab main2 dengan soal hati.. sebab aku melihat perkara ini berlaku depan mata. Terasa nak bercakap pada dia tapi mungkin suatu hari nanti dia akan tahu bukan mudah nak senangkan hati sendiri dengan buat orang lain merana. Huh?? Ok ini karangan aku tak point dekat kau yang satu tu. Ni kes lain.

setakat tula...aku choww dulu,nak shift job dengan burunghantu pula.

Thursday, December 15, 2011

Komitmen untuk seribu perkara



assalamualaikum..
Esok aku ada quiz final CSC! CSC adalah pelajaran yang melibatkan komputer dan manusia. Apabila dua2 bergabung akan jadi GILA... aku tabikk springggg pada sesiapa yang amik programming course. Perghhhh terasa macam ada otak Eistein saja atau pun otak Steve Jobs. Tinggal cita-cita saja la.... Tapi kalau belajar betul2 konfemmmm boleh buat punya. Tapi tak semua perkara itu senang untuk difahami dan di aplikasikan.

Ye bercakap pasal CSC ni buat aku terfikir satu perkataan iaitu Komitmen. Mungkin setengah orang fikir komitmen tu ringan tapi bagi aku sebaliknya. Nak jadi Seketeriat UiTM Shah ALam pun separuh mati nak terkejar2 apatah lagi yang hanya jadi AJK Kolej. Bagi mereka yang memang sukakan kerja2 macam ni memang patut jadi pun, tak perlu la nak jadi pemurah "Tak pa laaa kasi kat depa yang tak penah jadi papa la" no! thats not easy as ABC... ada budak yang jual air kata "Sekejap Bi sekejap BM!" yee itu bahasa yang aku suka guna. Nama pun manusia tentunya nakkan kelainan.

Komitmen tu bukanlah sesuatu yang nampak kalau tak tunjukkan. Sama je kalau kau bayar tuisyen sebab nak straight A++ tapi selalu skip tuisyen dengan alasan nak ikut mak pergi jalan2. Kan tak komit dengan sesuatu?

Konklusi ya komitmen tu PENTING dalam semua perkara yang kita buat. Tak kesah la besar atau kecil. Semuanya kena ada tanggungjawab dan usaha yang sungguh2...macam CSC! Usaha untuk memahami tu lebih penting dari mengingati....


Selamat Malam semua ..

p/s: kau yang sibuk selalu jaga diri.

Senyum seindah bahasa


assalamualaikum..
minggu ni banyak perkara yang kena tangguh. Rasa tak puas hati selalu ada tapi bila fikirkan balik mesti ada sebab disebalik yang berlaku. Dalam minggu ni jugak setiap hari terkejar2. Tapi aku rasa takpe...baru la manusia ni kenal erti masa! hahaha ....Minggu depan merupakan minggu terakhir kuliah sebelum datangnya STUDY WEEK dan akhir sekali Final Sem 1! hahaha .... serius gua cuak! Tapi ape2 pun kena hebat!

Senyum saja la walaupun tension berlori2 dekat kepala. Kadang2 manusia ni kena tanggung beban yang betul2 beban.Baru hardcoree.... sebenarnya tadi dengar amrina cakap "Mesti mu hardcore study math!" so kali ni aku nak guna perkataan hardcore la plak kan..sebab aku tak pernah sebut hardcore! Bagi aku hardcore tu untuk musik yang rock kapak parang bilah bagai. Tapi kali ni bahasa dah pelbagai. Senaraikan je tentu aku boleh jawab. Macam bahasa Telefon! singkatan yang sesingkat2 ye sampaikan kena tanya balik "PMK tu ape??". Bahasa manja yang buat aku nak muntah hijau! owh yang ni bagi mereka yang pelat S! "cweettt la kamoooo!!!" kalau adik aku dapat ayat macam ni memang dia akan bahas selebar2 ye. Sila guna bahasa yang sempurna sikit. Hahaha manusia macam2 hidup dalam dunia ni.

semalam pulak aku dengar Ani cakap "Dia sindir kita la tuuu!!" Sindir! jarang aku dengar berbanding dengan perli. Hahaha tapi tu tak jadi masalah besar dalam hidup aku untuk bezakan sindir dengan perli.

Tapi bagi aku bahasa itu sempurna. Hanya manusia saja yang kena pandai guna.

Dan untuk kali ni, aku akan buat apa yang aku fikirkan sekarang. Kalau aku rasa aku lebih ke arah kanan aku akan gerak ke kanan.

Ok, buat masa ni cukup la sampai sini.

Monday, December 12, 2011

Sunday, December 11, 2011

ingat.hafal.simpan


assalamualaikum..
kali ni aku amik masa sekejap sabil tunggu asar...Terasa bosan buat math aku beralih ke gambar..suka pulak edit2 gambar since guna PIXLR O MATRIC yang di rekemen kan oleh Umie Art*** .Ahhh itu online editor punya. So dah alang2 seluk pekasam biarlah sampai lengan baju. errr... betul? hahaha dan aku pilih gambar di atas memandangkan aku akan ada TEST TITAS. itu bukan test memandu tapi lebih kepada tamadun.Kalau la dari dulu lagi aku tahu sejarah dunia memang aku tak belajar sejarah form 4 and 5. sebabnya mengarut saja. Nasib la aku tak hafal dan ingat sampai sekarang. Hanya seperti mencurah air ke daun keladi. Yerrr itu pasal zaman2 batu bagai2 tu la... Biasalah manusia yang dengki pada manusia lain dari segi agama boleh dilihat sekarang. Semakin banyak tentangan secara halus. Pandai2 sendiri la kupas. Dan bagi aku setelah aku pelajari kisah tamadun secara amnya aku percaya Kehidupan manusia berbeza mengikut masa dan peredaran dunia. Bukan semua kerajaan itu akan iperintah dengan adil dan saksama jika Ketuanya tidak berada di landasan yang betul.. ermmm sebagai contoh boleh lihat di negara masing2.
Namun tak semua perkara itu mudah. Aku akan menghabiskan masa dengan perkataan pada esok hari. Dan harapannya aku berjaya mengingat segalanya. Senantiasalah berada di sanubari ku agar aku dapat pelajari sepanjang hidup ku...

dan akhir kata aminnnn.....segala yang baik itu datang dari Dia dan yang kurang itu adalah kelemahan setiap manusia.

cerita satu malam


assalamualaikum..
mood hari ni yang sangat tenang. Masih lagi mampu teguk secawan kopi sebagai alas perut waktu pagi sambil tangan ligat tekan keyboard untuk komen mengkomen dekat muka buku...geli pulak bermadah pagi2..

semalam seharian aku keluar untuk cari sesuatu yang mungkin dapat mendewasakan aku dari segi masa dan pengorbanan. Ahhh ...mula2 aku pelik kenapa kawan aku terlalu sorokkan plan dorang dan akhirnya aku faham.Tak semua perkara boleh di beritahu direct sebab manusia ada perasaan TAK MAHU juga.Terima kasih kawan! yeahhh dah lama tak dengar benda yang motivasikan diri ni. Kadang2 kena jugak diri sendiri cari untuk memotivasikan diri. Kalau setakat tunggu bulan jatuh ke riba memang haram la nak dapat. Kata semakin besar dan dewasa kan jadi carilah ilmu ape saja yang baik untuk diri dan orang sekeliling.

Pulangnya malam hampir 11 malam. Itu semua satu dugaan. Malam2 anak gadis berada di tengah hiruk pikuk kota raya memnag tak manis. Sebab kita anak gadis. Masih muda dan perlukan keselamatan yang rapi. BUkansenang nak jaga diri di tengah kesibukan manusia ni. Alhamdulillahhhh sampai jugak bilik sendiri dengan jayanya. Sangat letih tapi itulah pengalaman. Dah lama tak timba pengalaman baru berbanding dengan orang yang satu tu.

hahaha....malam tadi gerhana bulan! ahhh itu aku tak tahu tapi malam tadi aku tenung bulan curi2 sambil tunggu KTM ke KL sentral. Wahhhh perasaan yang biasa namun tetap bersyukur.

Malam tadi juga aku tengok seribu situasi. Ada yang mengejar dunia, buta , anak dan mak , kasih dan sayang , cinta palsu , shock fashion , couple , remaja jalanan , asap rokok yang banyak gila nak mampos , hitam dan putih , dan pelbagai lagi... ta mampu nak ungkap banyak dalam ni sebab itu pengalaman aku. Tapi ape yang aku nak cakap tentang ...

anak dan mak! Bukan senang nak faham jiwa mak kalau anak sendiri dah rasa macam besar sangat sedangkan nak beli topup pun mintak duit mak. Mak kata masuk ke gerabak depan, boleh pulak si anak jadi batu buat2 tak tahu. Kurenggg.... hati mak sangat terasa sebab aku nampak si mak tu pandang luar sambil jejari mari dia bermain laju. Hati si amk gelisah dan mungkin kecewa dengan anak yang tak dengar kata. Mata si mak pun aku tengok sudah berair2 tapi tak menitis lagi mungkin sebab dia kuat dan tabah.

couple! yang ni aku rasa cinta palsu oleh couple yang gila fashion. Sama je dua2..tak tahu la nak describe macam mana tapi dari ape yang aku boleh ambil dari situasi yang macam tu "jangan terlalu ikutkan hati. Sebab kita semua tak tahu takdir yang kita akan lalui. Jangan terlalu ikutkan perasaan remaja yang hanya tahu baik buruk tapi lemah nak bezakan baik dan buruk akhirnya jadikan yang baik dan buruk tu sebagai campuran dalam hidup. Ahhhh ayat ni aku je yang faham sebab aku amik apa yang aku tengok. Jadikan panduan aku dalam soal hati dan perasaan. Ahhhh masing2 ada hala tuju yang lain2 dan kalau ada, tentu jumpa di hujung hala. wakakaka

Buta! ni lago satu fenomena yang baru aku tengok. Mula2 nampak sorang buta jalan laju saja pakai tongkat putih. Macam mana dia tengok jalan? itulah mata hati. Selepas dia ada lagi yang satu nak lintas jalan. Yang ni dibantu oleh manusia yang ada mata.Tapi serius memang banyak sekali orang buta malam tadi. Mungkin untuk menyedarkan aku tentang erti bersyukur.Alhamdulillah..

Dan yang lain situasi tu aku biarkan saja macam tu. Yeahhh kalau nak taip dalam mesej memang panjang jela...Nahhhh ini saja untuk pengalaman semalam. hahaha... untuk kau yang sedang membaca, bagus la kau sibuk untuk sesuatu yang kau memang perlu sibukkan. Tapi jangan lupa yang atas yang satu yang kita ada. Sentiasa bercakap dengan DIA sebab DIA sentiasa dengar kau dan doa kau. Kalau kau ada masa untuk dunia tentu ada masa untuk akhirat. Apa apa pun aku sentiasa doakan kau yang selalu berjaya.Terima kasih untuk ambil berat walaupun kau sibuk.

bye...

Friday, December 9, 2011

Dan kali ni juga...


assalamualaikum..
Suatu ketika bila masuk kelas CTU kelas yang popular dengan budak hafalan kena la buat presentation to get the highest mark and for sure PERFECTION is important. wakakaka... tapi untuk kumpulan aku yang pertama dan terawal aku hanya buat ala kadar. Sebab persediaan yang sangat sekejap hanya satu malam. Tak seperti persediaan untuk orang yang akan berkahwin. Kali ni gambar candid lebih berharga dari gambar peace2 bagai tu. Semuanya natural. tak de yang perlu disorokkan. Mungkin itu yang lebih cantik dari yang faker punya. Owhhh macam pepatah "Cantik luar Buruk dalam" errr....

Dan kali ni juga aku pilih Aisyah.. Kawan se kos aku yang sangat tinggi lampai. Hampir cecah 17++ . Otai tapi kasih... Hahaha...

Dan kali ni juga aku teringat sesuatu. Ye yang tinggi lampai jugak mungkin yang lebih 18++ . hahaha kadang2 manusia ni akan terasa nak mencari juga bila dah lama tak bertanya khabar. Owhh itu mungkin aku dan kau pula aku tak tahu. Lain orang lain perangai. Tetapi aku tahu kau masih di situ. Cuma kau semakin pandai bahagi masa sebab kau sentiasa bermain dengan masa dan manusia. Pelbagai yang sudah banyak kau tangkap dan simpan. Bagus! mana tahu ada terselit dua tiga kuning di situ. Ahhh aku rindu kuning yang satu tu.

Dan kali ni juga aku fikir untuk lebih menjaga hati. Hati kawan2 yang aku dah sakitkan. Bak kata Ustazah Azizah "Kebenaran tu pahit!" InsyaAllah semuanya akan aku hargai. Maaf la kawan2 yang aku terlepas cakap. Bukan senang nak kawal lidah. Sebab ianya tak bertulang.

Esok aku ada Ujian Kawad untuk semester ni dan harapnya MARKAH PENUH. Tapi gerenti esok gugup banyak sebab dah lama tinggal Kawad. Sebab aku berjalan seperti biasa bukannya skema macam kawad kaki. Takpe...Semua tu boleh diatur.

Dan kali ni juga kawan aku ajak pulang ke rumah dia. Aku tak mampu turutkan sebab beberapa perkara. Aku tak nak menyusahkan. Hahaha...dah la aku kuat makan, nak survive di rumah orang kena berpada2..kang telan 2 pinggan macam tak sopan pula. Aku cerewet dalam makanan jadi susah sikit bila mahu ke tempat orang. Rasa bersyukur lagi sebab ,masih mampu makan.

Ok, malam semakin ke pagi. Aku perlukan tenaga untuk esok yang kena berkawad di pagi hari. Kepala masih lagi terpusing2 tanda pening2 sejak petang tadi. Hentam jugak kayuh basikal keliling UiTM. Ahhh itu untuk menghirup udara yang ada saki baki segar. Tak pela.... masih lagi boleh bernafas walaupun tak segar. =]

Dan kali ni hanya OK good Nite. Tahu dibalas dengan senyuman yang tak nampak. Tak pe sibuk barang kali atur urusan peribadi.

Thursday, December 8, 2011

THIS IS NOTE



assalamualaikum..
today i got physics test and it done at 12.20 and Alhamdulillah.I can do it!!its not really tough questions compared to my tutorial questions and IT's DONE! ok back to the real point for today and what can i say is i just want to tell you bout something. I know this is the real one and just read as your reading sources or whatever. Its ok.I dont mind actually. We should try to understand people life and everything eventho its hard because people can change everyday...and to predict how the people is not the easy work because i still cannot predict my bestfriend behaviour yet.She's just unpredictable and ok its not the big problem now..and bbye...





HAVE A NICE DAY

Monday, December 5, 2011

...bila kita masuk hutan...



assalamualaikum..
ni gambar kita pergi kem bina diri kesatria dekat Bentong Pahang!
sangat seronok sampai tak rasa mcm pergi kem.Macam pergi Summer camp bak kata Komander NazrinSyah..
hahaha...

Thursday, December 1, 2011

..bila manusia tidak jujur dengan kerja..



assalamualaikum..

ketika pulang dari kuliah yang memenatkan singgah sekejap dekat warung makan. Alahai warung la sangat. amik paper coklat dengan pen biru tulis order -bihun goreng biasa- itu menu favourite! diet agaknya makan makanan ringan2 ni. Duduk dekat kerusi diantara dua warung sekejap sambil tunggu turn nak dapat makanan tadi. Sambil menung sana sini tengok manusia yang macam2 kerenah. Tetibe2 rasa nak tengok warung ayam segera. kata nama lain KFC malaysia. Seorang pekerja sedang potong ayam, leka sambil dengar lagu jiwang. Tetibe bunyi mesej masuk. Bukan mesej gua,tapi mesej dekat telefon pekerja lelaki tadi. Dia toleh lalu secara tak sengaja pisau yang dia guna untuk potong ayam tadi terjatuh menyembah bumi di atas lantai putih yang ada sejuta bakteria baik dan jahat.Aku terus tengok. Habis saja pekerja lelaki tu balas mesej dia kembali ke tempat potong ayam tadi. Terkebil2 cari pisau. Rupanya ada di atas lantai.Aku terus lihat lagi. Lelaki tu amik dengan laju pisau tu dan toleh2 ke arah luar. Aku terus lihat gelagat dia. Tanpa rasa segan dan silu dia terus menyambung kerja memotong ayam dengan pisau yang sama menyembah bumi di atas lantai yang ada sejuta bakteria baik dan jahat tadi. Padahal pili air hanya di depan kelopak mata saja. Bayangkan betapa tak jujurnya dia bekerja. Alangkah baiknya kalau dia lalukan air pada pisau tadi atau cepat2 tiup pada pisau tu untuk halau segala macam bakteria? jadi aku hanya tersenyum. Mungkin warung ayam segera tu tak jadi pilihan makanan aku lagi. terima kasih.

owh..gambar di atas bukanlah berkaitan dengan cerita di bawah...sengaja pilih untuk mood oren hari ni.