Thursday, August 18, 2011

Mungkin ini yang aku rasa selepas aku berfikir.


assalamulaikum..

sudah 18, syukur! berusaha untuk berjaya menghabiskannya. nak adore spe pulak nih?

semakin lama semakin tak kesah. Rasa yang dulu sudah tak sama macam sekarang. Lain untuk sekian lamanya..maaflah jika merealisasikan kata2 manusia "manusia cepat berubah" ah tak mampu nak sangkal lagi. sudah terang lagi nyata. Adakah aku yang salah atau terlalu cepat buat keputusan? Kalau dulu ianya hidup sebagai impian tapi sekarang aku harap biarlah ia hilang..lupakan lah segala yang aku pernah cakap dulu kerana ketika itu aku masih lagi kurang arif dalam sesuatu perkara. Cuti yang panjang dengan pengisian yang pelbagai menyebabkan aku banyak berfikir dalam semua perkara termasuklah kau. Walaupun kau muncul tiba2 tapi aku dah mampu cipta cerita. Ah menipu semua ya.. salahkan aku kalau aku buat kau begitu. Aku memang begitu! Sifat aku yang suka memikirkan semua benda dalam satu masa! Sekarang, biarlah aku cari masa, masa untuk fikir kau yang dulu aku pernah jadikan impian. Bukan aku ingin lupakan tapi mungkin lebih kepada biasa. Kalau dulu2 aku sentiasa cari kau walaupun kau tak tahu tapi sekarang mungkin aku biarkan. Maafkan aku kalau kau terasa untuk sekian lamanya. Memang salah sendiri kalau tak kasi peluang dan ruang untuk berfikir panjang! Tapi aku tak mampu lagi. Tak mampu nak cuba selindung. Kita jauh dan tiada apa2 untuk dirisaukan. Lainlah kalau kau kawan aku! Aku sentiasa memikirkan kebajikan kawan2 aku! Mungkin aku lebih santai bersama kawan2 aku berbanding kau yang aku sentiasa nervous! Manusia! Maaf! Aku cuba untuk menjadi yang dulu. Namun gagal.. Aku belum bersedia untuk meneruskan rasa yang biasa ni. Kau perlu tahu aku bukan sempurna namun aku cuba cari yang sempurna bagi manusia. Akan aku cuba untuk sembunyi dari kau namun akhirnya aku yang kalah. Tetap saja mencari kau. Itu bukan sifat aku, tapi aku cuba pupuk. Mungkin kau akan faham nanti, hanya lambat atau cepat! Tunggulah sehingga waktunya akan kita cuba melihat nasib masing2 adakah menjadi impian atau hanya tinggal impian?













SELAMAT BERBUKA DAN BERPUASA!

Monday, August 15, 2011

rindu untuk bersama ketawa dan jeling!

assalamualaikum..
sekarang sudah 15hari puasa dan aku rasa sangat CEPAT! sedar tak sedar tapi kena sedar jugak bahawa aku dan yang lain hanya ada 2 minggu++ untuk habiskan sisa2 cuti ini! WHAT! kalau dulu aku pejam celik pejam celik baru sebulan cuti, pejam celik pejam celik lagi baru 2bulan cuti namun sekarang ? nak pejam celik pejam celik lagi yang cuti hanya tinggal berape minggu je lagi?

ok sekarang kita akan sibuk buat persiapan Raya dan Uni !


and mungkin lagu Raya dah berkumandang kat gegendang telinga setiap kali melangkah keluar rumah! tambah2 lagi yang pergi membeli belah di kedai2 yang SALE!

ok!


We Cry! haha i just remember the song pacik!

Saturday, August 13, 2011

Terima Kasih Daun Keladi,Ramadhan Tahun Depan kami datang Lagi!


assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kita dah puasa 12hari!
12082011 berbuka puasa dekat rumah makde!
bila sekali sekala berkumpul ramai2 macam tu terasa riang raya pulak suasana yer..
=] even kita dah besar,kita main jugak kejar2 dengan sepupu2 kita yang kecik2 tu! bak kate adek Entri Ni "sekali sekala kak!" sekali sekala je main kejar2... =D nanti bila sume dah besar tak main dah kejar2! walaupun tak semua yang ada malam tu tapi tetap meriah! haha... buat shiro lah kononnya kan jangan jeles! perghh memang makan sume sedap2 la kan! lain hari lah bro u mai! =p











p/s: asal sume tau orang yang snap gmbr2 nih parkinson so bia je lah gmbr tu gegar taufan katrina!

Friday, August 12, 2011

bila kita semakin dewasa kita akan rasa lebih dewasa

assalamualaikum..

kenapa semakin hari semakin sayang? ah...itu tipu punyer statement.kenapa semakin hari semakin biasa? terasa biasa dan tak kesah pun? aik pelik nampak yer.. kalau dulu sentiasa excited untuk segalanya tapi sekarang? manusia sentiasa berubah dan akan terus berubah kerana perubahan hormon yang bergantung kepada pemakanan dan segala rutin yang kita lakukan.tapi? kenapa kena berubah untuk lebih biasa? salah kita ke? entah lah nak cakap banyak pun tak mampu kerana sudah lali dengan sume tu. nak cuba meng excited kan diri macam dulu pun dah tak berperasaan lagi. kalau lah diri boleh di tukar2 rasanya pasti aku akan mengubah ia menjadi yang lebih normal. tak pasti dengan keadaan sekarang. manusia masing2 ade jalan cerita yang masing2 mahu kan tapi tak semestinya yang diinginkan itu akan tercoret jadi cerita mungkin jadi impian atau angan2. maaf jika aku bukan yang dulu.












SELAMAT BERBUKA DAN BERTERAWIH

Thursday, August 11, 2011

Selain dari Nafsu Makan Nafsu Bermain Mercun jugak sama naik dengan Nafsu Makan!


assalamualaikum..

bila kita semua dah semakin dewasa kita jarang main mercun. Tengok kan aje budak2 hingusan yang main pulak.Terasa panas kadang2 bila kita tengah kusyuk solat terawih depa pi main tuju mercun pulak kat kita yang dalam masjid ni...habis sume makcik2 pakat melatah! yang bapak2 pulak cool control kuat taff la kena baling dengan mercun. nak aje aku pulas telinga sorang2 yang main tu..

ah..itu zaman mereka yang masih nak membesar! nak larang pun tak boleh sebab bapak borek anak rintik! biar kan aje... tapi kalau yang sampai buta mata, tangan kudung, peha melecur, jari putus tu tak tau la nak kata apa? sapa soh tak hati2 time nak bakar mercun tu! yang rajin nak jadi scientis buat mercun kononnya buatan sendiri la sekali meletop di tangan sendiri jugak ape cer? nak salahkan ibu bapa jugak ka? anak2 la yang masing2 ade akal untuk berfikir! ye..bukan salah main pun tapi pada2 la nak main! setakat mercun lebah,mercun papan tu boleh tahan ni nak compare mercun BOLA memang meletop pun macam Bola la kan! so nak hirau asal?

Budak2 memang ade nafsu bermain yang kuat! lagi2 yang suka main tak tentu arah tu! Orang sibuk kejaq rakaat 8 atau 20 hampa pulak sibok kejaq mercun roket! errr... bagus lah pada yang main tak lebih dari 2 mercun tu! ade pulak yang nih siap main lawan2 dengan kampung sebelah! sapa punya bunyi mercun yang paling kuat! sekali meletop macam Bom Hiroshima sapa mau tanggung!

akak: main mercun main mercun!
dek: ala kak sekali sekala!
akak: pi balik la baca buku!
dek: ala kak sekarang musim raya kna main mercun!
akak: hotak hampa musim raya! malam Lailatul Qadar pun belom lagi dah berangan musim raya!
dek: ala kak sekali sekala!

biasalah budak2 otak depa banyak imaginasi yang luar dari kotak! hak benda yang tak perlu luar kotak pun nak pikiaq jugak!


nasihat tu penting! yang penting tu tengok2 kan! yer lah main mercun nih pun memang sekali sekala! so nak kata kita enjoy macam PUTERI? no la.... so pandai2 la jaga diri! sendiri buat sendiri tanggung! tapi bila dah susahkan ibubapa ape cer? tak otai la bro!







SELAMAT BERPUASA DAN BERTERAWIH!

Monday, August 8, 2011

Ramadhan muncul kembali sebelum Syawal!

assalamualaikum..

hari ni terasa nak post somthing but i dont have any good idea..of course i want to do something like EAT but ini bulan Ramadhan! errr... and bout my choc cake with oreo yesterday was succesfully baked by me my own air tangan bah!

erm... i still thinking what i'm going to talk! mcm hape je...

yeah congrates to all people yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti di Malaysia juga di luar Malaysia! =] u rock!
dan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KAWAN2! =] u rock!














HAVE A NICE DAY
SELAMAT BERBUKA PUASA BAGI SESIAPA YANG BERSAHUR...
KETUK2 RAMADHAN!


Sunday, August 7, 2011

Going to Mars!

assalamualaikum..

syukur..sudah 7 hari kita berpuasa..

i dont have any story rite now.i just hope i can bake a very fluffy chocolate cake this evening!