Monday, February 20, 2012

Sekejap bukan sesaat


Semakin kita jalan2 sudah menjadi dewasa. Banyak benda yang kita perlu buat keputusan. Banyak sangat sehingga aku rasa fobia untuk meneruskan perjalanan. Bukan senang nak jadi yang terbaik untuk semua yang aku sayang. Mungkin kadang2 aku lebih kan yang biasa dan kurangkan yang istimewa. Bukan senang bro! Tapi semua manusia sedang tengok kau. Inginkan sesuatu yang hebat berlaku pada kau. Tunjukkanlah kehebatan tu. Ah mungkin aku belum terpilih untuk Mei ini. Tapi takkan aku tak mampu gapai yang 5 itu? Aku yakin yang membantu aku mampu dan aku juga mampu.
Babah sebagai pembakar semangat aku. Kalau dulu beliau sentiasa cek Merc Benz yang baru orang tolak kedai untuk dijadikan santapan mata tapi sekarang? Babah lebih memilih kerja sebab negara Malaysia naikkan segala harga barang! Nasib baik la harga tandas masih lagi rm0.30! kalau naik jugak jadi rm0.50 memang aku sanggup balik rumah! Bukan tanda kedekut tapi aku bersyukur dengan tandas rumah yang bersih dan peramah.
Ijazah sarjana muda yang dikejar? Owh bukan! aku lebih inginkan masa depan yang bagus. Ijazah untuk kehidupan sangat penting tapi takkanlah hanya bila tarikh peperiksaan sudah dekat aku pulak jadi Katak bawah tempurung yang tidak mahu keluar bilik duduk diam2 atas kerusi belek2 buku sambil pintu kunci.Takut2 orang datang mintak tolong. Alhamdulillah aku bukan begitu. Lagi musin exam la aku tak lekat dekat bilik.
Untuk yang terbaru tab bersama wifi hanya rm1678 je? bayangkan! (^______^)
stop asking the guy yang berdiri dekat kaunter sambil main tembak2 puaka!
Dan yang terakhir Toksin Masuk Toksin Keluar sangat best!

cukup?

bagus!

KTMB untuk semua kecuali saya!

assalamualaikum..
Officially thra in the houseeeeee! sudah lama i tak pulang ke rumah. and 2 weeks more to go finishing my holiday. It should be due date for me to buy tab! hahaha dont really need that gadget but in order to be update student lorh kena ada la.. as Mr Ray said "Asal la korg menyalin, tangkap gambar sudayyy...."

Attention to all passangers whos goin to Butterworth Bukit Mertajam...the arrival of Senandung Langkawi train is only 3min left! Please make sure all your thing is bring along with you and beware with cheaters! <--- copyright bhaaaa!
Yayah dengan aku macam blur2 "ni train ETS ke KTMB" ok Senadung Langkawi is our train. Ramai gila manusia berbagai kaum mostly Indian! i dont know why but maybe sebab Perak dulu tempat ramai Indian kot. Because i bought Tiket economy so i expect the chair was like dalam bus PlusLiner tu.Besar2 ada kusyen yang empuk sikit boleh adjust kasi degree more than 90 whatever... L4X is our coach and thats L4!! perghhh nak menangis gua tengok kerusi lol!! kerusi dia sebijik macam betik! Macam dalam KTM yang selalu aku naik nak pergi MidValley tu!! ( -___________- )'

Tetibe i saw someone i know! "Heyyyyyyy.....ko nak pegi mana?" "Eh ko!!Ko plak nak pegi mana?" but then yayah cakap " tiket kteorang 5C n 5D " "Same goes to me lorh!Let me see your ticket" "Ini koc L4X!!!" bhaaaaa malu seyhhh! "Ok then!bye!" tadi tu kawan aku yang suam2 kuku je la, dia budak bilik depan bilik aku yang masuk Brassband dekat UiTM shah alam! wut2..

L4X! whaaa.... i should Reda je dengan sit yang i akan duduk lalu tidur ayam! I choosed to sit tepi tingkap at all..Mana tahu boleh tengok hutan! hahaha gelap2 nampak putih kang! tapi kenapa mesti kerusi tu 90degree?????????? ceyyyh yayah punya sit boleh adjust2, kerusi aku dah patah pun adjuster dia! Nama pun KTMB yang sudah wujud sejak Zaman Tanah melayu nak membangun kan!

Erm...Good Nite! pejam mata sekejap...yayah soh jap orang tu tutup lampu! "Cik,tolong tutup lampu ye" "Eh gila pa nak tutup lampu! Tak pernah dibuat orang! bahaya!" perghhhhh aku tidur macam tidur dibawah cahay bulam purnama! tak pe la.. Kan ramai gila Indian so keliling sit kiteorang memang Indian la.Perghhh dorang bukak pulak lagu2 India yang kaw2 india punya! Bukan hindustan punya lagu untuk dijadikan BedTimeSong kot!! memang tidur ayam aku!

Capai headphone dengan pemain lagu! lagu Again dimainkan dengan kekuatan 20vol!memang aku tak dengar apa2 yang disembangkan oleh mereka2 hanya mimit mulut je! Sambil tu aku capai jugak buku "Toksin Masuk Toksin Keluar" hahahahaha dulu aku memang ANTIBUKU! tapi sekarang kemana je aku pergi aku bawak buku! hebat kan??

Keadaan KTMB yang tak menentu keselesaan dia membuatkan aku macam ayam! Tensi kot..tapi tak pe lah...tudung memang dah macam kena tsunami dalam cerita Hafalan Shalat Delisa je! peduli ape! Aku terus membaca dan mencatit!

Tepat 3 pagi KTMB berhenti depan stesen Bagan Serai! Alhamdulillah! Selamat sampai sebab sepanjang perjalanan aku sentiasa menggambarkan keadaan train dalam Cerita FINAL DESTINATION yang menyeramkan dan tak logik akal di terima!

The End...

moral untuk cerita kali ni AKU TAK NAK BELI TIKET EKONOMI! terima kasih! (^_^)'


ini ketika saya kecik2!

Monday, February 13, 2012

sky is the limit


assalamualaikum..
hari ni tajuk berbunyi "jadi yang baik lupakan yang buruk!" sebabnya kalau perempuan mula rasa nak marah dia akan buat muka macam ni (-__________-) macam huduh la sikit! tapi bila nya dh mintak maaf sila la buat muka macam ni (-_-) comel2 sikit. tak perlu la nak emo2 lagi. kesian aku!

ok bye!

Thursday, February 9, 2012

10/02/2012


assalamualaikum..
kali ni terasa nak menaip.Tak lama lagi sem 2 nak mula jadi langkahku harus lah lebih dewasa dan matang. Bak kata babah "Kehidupan yang mematangkan kita" .... tapi kalau kehidupan yang biasa mungkin lambat nak matang. tapi tak ada pun manusia dalam dunia ni diuji biasa2 sepoi2 bahasa kan... tentu2 Allah uji dia dengan dugaan yang berbeza dan mengikut kemampuan masing2. Pepatah cakap "Ukur kain di badan sendiri" tapi kawan aku cakap "kawan makan kawan la kat sini" masyaAllah ...... FYI thra tak makan manusia mahupun awak! Tak nak la aku jadi cannibal bagai2! Order pizza atau mcD pun lagi bagus dari kau!

Bila kita semua dah besar umo pun sudah capai 20an kenapa masih nak biarkan minda di pengaruhi dengan anasir negatif bha?? sila basuh cuci kasi bersih! hanya ada ion +ve saja untuk menyenangkan kehidupan masing2. +ve -ve mesti akan ada dalam kehidupan tapi kenapa perlu banyakkan -ve daripada +ve? Tatau?? datanglah timba ilmu banyak2..

Malam tadi sembang dengan mak uda! mak uda cakap "Badan kita diciptakan dari tanah, tanah memerlukan air untuk terus subur! apply kan dalam kehidupan! MINUMLAH AIR MINERAL SEBANYAK 2LITER! tapi jangan minum dengan terlalu banayk kerana akan berlaku hidrasi yang sangat aneh! sama macam tanah kalau siram air banyak2 dia akan bertakung!

Kenapa barat tak guna ubat yang sama macam Malaysia guna?

Tadi tahan teksi nak balik rumah dekat cheras,pemandunya seorang cina. Tangannya berplaster dan bengkak2.. ah konfem cuci darah! "uncle,u baru cuci darah haa?" "eh,mana lu tau huh?lu jululawat maaa??" "hahaha tokwan saya pun cuci darah jugak dulu" "owhhh...." bla..bla..bla..bla!

Waktu jalan nak pergi bus stop leka main telefon...tibe2 nampak bus U65! makkkkk.....aku berlari anak dengan laju2 kejar bus! tak pernah2 kejar bus pakai baju kurung,hari ni pulak cipta sejarah! Nasib baik pemandu bus tu faham lalu berhenti sabar tunggu aku sampai depan pintu! orang kiri kanan bagi sokongan "cepat2!!" "cepat2!!" masyaAllah.... malu!! nasib baik la tenaga ade untuk berlari anak! masuk2 bus ade sit! parking baik punyer... 30minit kemudian aku sandar kepala dekat bag lalu TIDUR!!! hahaha

Kawan2...kadang2 hidup ni perlukan pemahaman! tolongla faham keadaan.Tak perlu nak kecoh2 pasal sesuatu yang anda tak tahu. Dah la tak tahu, buat2 tahu pulak tu! Tanya dulu baru cakap. Dan kadang2 yang baik tu la jahat dan jahat tu la jahat! cuma manusia ni boleh berubah2 mengikut tahap warna hati dia!

Dan untuk kali ni kenapa nak cari masalah kalau masalh tu dah nak selesai??

okbye!

HAVE A NICE DAY

Thursday, January 26, 2012

bila "kita pilih korang" ..


assalamualaikum..
Hari ni hari yang suram untuk aku. Tapi ada lagi manusia yang hidupnya lebih suram dan seram dari aku dan apa yang penting sekarang bukanlah kerjasama tapi SYUKUR.Aku bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada aku. Mama dan Babah, Hadi Yayah Alim Miah Aisyah atok kawan2 semua orang yang ada sekeliling.

Tapi kali ni aku terharu sangat terharu dengan dia. Dia sanggup berkorban masa dengan keluarga dia semata2 untuk kejar kejayaan dengan aku dan yang lain. Sahabat! Dia sahabat aku yang aku sayang. Kalau dia tak da mungkin aku tak mampu nak buat atau teruskan. Restu ibu bapa tu sangat penting tapi jika kita buat dengan bersungguh2 Allah akan tengok jugak. Sebab setiap kebaikan yang diusahakan pasti akan dibalas pahala. Usaha yang penting! Kalau sahabat aku tu mampu lakukan untuk aku dan yang lain kenapa tidak aku sendiri? Come on thra!! u already 2o! errr but not my birthday yet! and i should take this chances to prove it to Mama and Babah after all i do this. Yes i can and i believe One day i will Win this game.

Sahabat aku Fatin Naqibah yang sentiasa beri semangat. Dia bukan orang lain! Dia bukan BFF mahupun GFF tapi dia tetap bukan orang lain. Dia bukanlah istimewa sangat tapi dia tetap bukan orang lain. Tapi dia adalah semangat aku! Pasti InsyaAllah Allah akan tolong dia bila dia usaha sungguh nak tolong aku dan yang lain.

YaAllah...
Kau berilah seribu kebaikan kepada hambaMU ini yang banyak bantu aku dan yang lain.
Kau perkenankanlah setiap doa yang dia pinta.
Kau ringankanlah segala kekesahan dia.
Kau berilah dia kekuatanMU agar dia mampu memegang aku dan yang lain atas kekuatanMU.
Biarlah dia menjadi seorang yang hebat di dalam kalangan yang hebat!
Biarlah dia menjadi semangat aku bila aku susah dan senang.
Amin...

Mama dan Babah,
U're my everything and i would never make ur life become complicated in the future.Pasti InsyaAllah Allah akan tolong kakak untuk mama dan babah! I love you 234...

Monday, January 23, 2012

nota kecil sikit dan biasa

assalamualaikum..
untuk kali ni aku lebih kepada mood senyap. Untunglah bagi mereka yang sudah lepas dugaan FinalSem...walaweyyyyy aku pun dah habis! yeayyyy jadi masa cuti yang agak panjang ni aku akan jadi yang terbaik.Tapi aku sendiri tak dapat nak sangkal perasaan malas dan menurun bila datang masa2 tertentu..kalau malam tadi aku semangat gila mungkin pagi ni aku jadi biasa.Sangat Biasa! aku kurang kawan disini..mereka ada komitmen masing2...aku tunggu korang! hehehe....

Kakak hajar akan bertunang this Sunday! i wish i can be there and watch them sengih2 but i got work to do on that day! its ok when my turn to get married make sure you all come and get the goddie bag too! hahaha... Kak Hajars story very funny and the way they meet was like POP!!

I remember the day before end of matriculation.! hahaha its so nice and well....

i miss my family! misssomuch!

Have A Nice Day!

Wednesday, January 18, 2012

Sekadar rehat 5minit



assalamualaikum..
Minggu exam memang banyak dugaan. Allah nak uji hambaNya yang kuat atau tak. Sama macam aku jugak.Aku di uji dengan kehidupan yang serba serbi * .Sebelum ni kehidupan aku senang, sangat senang tapi bila dah aku pilih jalan yang aku nak, nak tak nak aku kena buat dan tempuh sebab aku yakin diakhir usaha aku nanti tentu ada hasil yang Allah kasi. Dia tak kejam mahupun zalim nak uji hambaNya dengan dugaan yang tak mampu hambaNya lalui... Lalu aku tetapkan niat,matlamat,pengorbanan Babah dan Mama yang sentiasa aku kenang setiap detik . Terima kasih Allah..bila orang tanya:

Dah habis study ke?
-"Belom...lagi 3tahun habis lah belajar!

Kenapa kau suka C++?
-"Cita-cita aku nak jadi PROGRAMMER time aku tingkatan dulu yang mendorong aku untuk menyukai C++ <---- Programming subject!

Kau pergi mana?
-"Kau pergi manaaaaa???

itu la soalan2 yang aku terima lalu jawab. Manusia memang tak sempurna dan yang sempurna tu bukan manusia. Haaaa kalau nak diikutkan hati nak aje aku kurungkan diri..malas nak berjumpa dengan manusia yang aku kurang kenal tetapi mereka taruh harapan yang tinggi.Biar kan saja.Aku nak ruang untuk aku bernafas.

Kalau keluar jalan2 nampak orang merokok RAMAI2 LA TUTUP HIDUNG DAN MULUT GUNA KEDUA2 BELAH TAPAK TANGAN. Supaya perokok2 tegar tu faham yang aku pun sedut OXYGEN yang mereka sedang cemarkan dengan asap rokok murahan tu!

Dan kali ini aku sadahi dengan Have A Nice Day...

GUNA kan lah Baucar Buku untuk beli BUKU ILMIAH..ni tidak beratur sikit punya panjang yang sorang2 pegang komik korea segala bagai animey animey tu...tak kurang juga mereka yang beli NOVEL setebal Yellow Pages tu..Aku sampai kaunter "Dek,Reader Digest tak boleh beli guna Baucar!" aku beratur panjang hanya untuk beli Reader Digest yang percuma Buku Nota kaler SILVER! anggun!