jam 3.30 ptg saya test
pegawai jpj: salwa binti omar (aik macam nama mak saya lah)
kenderaan: wec **** (sejenis kereta haiwan)
penumpang: adik saya dan juga pegawai jpj tu lah.
tempat tuju: saya kurang pasti lah nama tempat tuh
masa yang diambil untuk sampai: 1jam setengah
saya memulakan test saya dengan membaca doa naik kenderaan. doa semasa dalam perjalanan saya belum hafal lagi, harap maaf. pegawai jpj tadi duduk dekat belakang siap bawak bantal lagi manakala adik saya duduk disebelah saya. kalau saya nak tengok pegawai jpj tu saya akan tengok cermin belakang. dalam perjalanan saya steady je bawak tapi pegawai jpj tu asyik bagi arahan
*kanan sikit
*laju sikit
*pelahan la sikit
*brek2
*signal mana?
*tengok la orang kiri kanan
*bagi lah orang tu potong dulu. tak menyempat2 betul lah
sampai tengah jalan hujan lebat mencurah2. saya ni dah lah silau dan kurang nampak kilau2 kat depan tuh inikan pula hujan. 'waiper' kereta haiwan tu sangatlah kehausan sehinggakan fungsi sebagai penghalau air pon sudah tak ada! terpaksa saya pakai cermin mata RB untuk menjadikan penglihatan saya lebih jelas.
dah nak sampai dah kat tempat destinasi saya pecut sangat laju sampaikan pegawai tu menjerit "perlahannnnnnnnnnnnnnn.....tengok dah terlepas simpang! dengan nada yang garang giler. saya dengan serta merta menjerit "belum lagi simpang dia lah.... time tu saya dah menangis dah sebab pegawai tu menjerit bagaikan kami dah tak boleh nak patah balik sedangkan tak sampai pun lagi simpang masuk! saya rasa macam nak berhenti je.
huh.. akhirnya sampai jugak destinasi tuh.
bila nak pulang seperti biasa saya baca doa dulu. then saya bawa tanpa mempedulikan pegawai jpj tu.sebab dia dah tidur! barang kali sudah penat menjerit pada saya memberi arahan supaya berhati2. saya pun letih!
kesalahan saya semasa memandu:
*saya tak suka kasi orang potong saya
*saya tak kasi ruang kalau orang nak potong saya
*saya main potong je tanpa bagi signal
*saya terlanggar rama2 yang sedang terbang! sorry!
p/s: pegawai jpj tu mak saya. dia sangat 'pro' kalau bab driving nih. sangat berhati2.
saya bukan jenis yang bertolak ansur ketika memandu kerana saya rasa jalan tu saya yang conquer. harap maklum!
No comments:
Post a Comment