Wednesday, April 28, 2010

kenapa kawan saya tak macam saya?

1. kenapa dengan kawan saya nih?
saya tak lah sedih sangat dengan sifat dia nih tapi tetap sedih jugak lah.

2. kenapa dia tak macam saya?
saya seorang yang open dan saya tak kisah kalau ada orang lebih taraf dari saya.tapi, kenapa kawan saya tuh tak macam saya. dia lebih 'close' dan kisah kalau orang lain lebih baik dari dia. means dia rasa diri dia sangat rendah dan hina! ;C

3. kenapa dia tak rajin macam saya?
saya seorang yang 'rajin sangat' sampaikan mata saya tak boleh langsung tengok sepah! kalu sepah saja mesti tangan rasa gatal nak kemas even rumah orang pon saya belasah kemas jugak! nak perli tuan rumah lah tu. tapi kawan saya tak macam tu. dia tak kesah kalau bersepah,berhabuk,berberber. sampaikan saya yang suruh dia kemas dan sapu rumah dia. kalau tak saya sendiri yang nak sapukan sebab saya 'rajin sangat'.

4. kenapa dia tak ajak saya shopping sama2?
haritu saya pergi rumah dia. adik dia kata dia pegi penang. saya tahu mesti dia pergi shopping sakan dekat sana, tapi kenapa tak ajak saya? dia kata nak shopping dekat ETUDE HOUSE dengan saya tapi sampai sekarang tak pergi2.mungkin dia 'sibuk'.saya kena faham!

5. kenapa dia minat korea?
saya tak minat korea or jepun! bukan lah saya anti tapi kurang minat dengan movie,drama,lagu and so on. tapi kawan saya tuh suka sangat3 movie,drama, lagu jepun dan korea. dia layan gler2 lagu korea macam DBSK,Super Junior, 2PM macam2 lah lagi. saya tak faham bahasa jepun or korea tapi kawan saya layan lagu dorang macam faham sangat je. pelik2.

6. kenapa dia tak nak berusaha huh?
saya asyik tanya orang ni orang tu untuk kawan saya nih. tapi bukan saya tanya pasal jodoh untuk kawan saya tuh. saya tanya pasal kursus2 yang boleh kawan saya belajar daripada dia masuk f6. yah, saya tak suka kalau orang masuk f6 sebab hanya sedikit je yang belajar sungguh2 yang lain tuh juz hero heroin sekolah je.hak2... :p daripada sambung f6 lebih baik amik kemahiran. lagi senang, tak payah nak ngadap buku lama sangat.

7. kenapa dia suka pergi rumah kawan dia yang lain?
saya pon tak faham.dia asyik spend time dengan kawan dia yang suka jugak korea2 nih. haritu sampai mak dia cari " thra, ______ maner? ade dengan kamu ke? kenapa dia tak balik dari pagi tadi?"
saya pulak "maner la ______ nie? orang call tak angkat! then saya terus call kawan dia yang lain.herm rupanya dia tengah layan movie korea dekat rumah kawan dia tuh. saya tak marah tapi tell ur mom before leave!

8. kenapa dia tak suka buat kek huh?
saya memang suka buat kek. setiap minggu 2 3 resepi saya buat. sampai dah jadi sebati dengan hidup saya ni lah. cuma saya baru digelar pelajar menyebabkan masa saya terhad untuk membuat kek. kalau tidak dah lama saya ada cawangan macam secret recipes tu tau. :]

9. kenapa dia tak text saya selalu?
saya nak la jugak msg dengan dia even rumh dekat2 *macam membazir kredit je* tapi dia dah la off phone 24jam. ish2...

kenapa saya cakap pasal ketidakperihatian dia pada saya? patut ke saya luahkan di sini?
dia tak ada blog untuk dia luahkan kekurangan diri saya.

apa yang saya tahu dia tetap kawan saya. ya,suma manusia ada kekurangan dan saya terima dia seadanya kerana dia jugak terima saya seadanya.

p/s: tak suma perkara kita perlu buat bersama.saya adalah saya dan dia adalah kawan saya.

No comments: