Monday, August 29, 2011

berjubah masa shopping? pelik atau biasalah!

assalamualaikum..





kiteorang rasa nak pakai jubah on that day time nak pergi beli barang dapur. gagah lah 4dara pakai jubah. step masuk tesco, sume mata pandang! aik! biar kan ajee...dan dari pemerhatian aku lah masa kat sana, aku rasa mereka sudah obses with hana tajima! pakai shawl sebijik macam hana, mungkin macam any blogger2 yang femes tu huh! ok lah..mungkin ada yang sesuai atau ada yang patut tukar je pakai bawal macam aku tu huh! senang je! 2pin pun cukup. tak perlulah jarum2 bagai! ape2 pun just be urself! ok... after this raya and i will eat anything i think they all delicious lah!
Selamat hari Raya! =]



teks raya!


assalamualaikum..

memandangkan esok dikatakan Raya! yeayyy so kita buat ucapan raya lah kan! hehehe....


ni ala2 salam perantauan lah!

assalamualaikum! saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin! yer saya manusia biasa jadi tentunya ada buat salah silap terkasar bahasa dan sebagainya!

mama dan babah: SHR (singkatan nih) semoga mama dan babah sentiasa sihat selalu dan sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah!

kawan2: SHR! maaf zahir batin! Kita minta maaf yer atas segala salah dan silap kita! Semoga berjaya!

and rakyat Malaysia: SELAMAT HARI RAYA! Jom makan kuih,rendang,ketupat,pulut,lemang tart,soto, mee kari, mee rebus! hehe sebelum makan baca bismillah!












HAVE A NICE DAY!

Saturday, August 27, 2011

Jom jawab soalan Raya!

assalamualaikum..
hehe petang2 macam nih terasa nak main tag2 orang! boleh? hehehe...

Baju raya untuk tahun ini bertemakan warna ?
tekois! wakakak!!

Lokasi pertama anda kunjungi untuk beraya ?
Rumah sebelah! Tahun nih kita raya kat rumah atok felda! mak mama! =]


Makanan kegemaran anda di pagi raya ?
kalau subuh2 tu bangun then solat lepas tu mesti cari ketupat Palas! yeah i like ketupat palas!


Lagu raya yang paling menyentuh hati ?
err...entah! dengar je lagu raya but i dont know the title!


Berapa rumah anda akan kunjung pada hari raya pertama ?
tak kira brader! tapi yang pasti time tu duit raya dah capai RM100++! hahaha


Berapa pasang baju raya anda ada ?
baju raya ade 2 pasang! raya pertama dan kedua sebab raya ke3 sure dah mengadap tv malas nak keluar beraya! tgk movie raya! horayy


Adakah anda seorang perantau ?
nope! tapi i really want to be one of them! dapat kasi SALAM PERANTAUN! and dapat skype dengan orang kampung! hehe berangan lahhh


Di pagi raya,part mana anda paling sedih ?
part kena beratur nak mandi raya! errr..... tak lah! part salam2 cium2 la! Sedih oiww buat banyak salah!

Menu pagi raya di rumah anda ?
Kambing Panggang! Pangg.... bukanlah! idk! selalu yer the main menu Rendaang!


Kampung ibu/ayah anda Raya tahun ini anda akan balik ?
kampung mama lah!


ucapan:
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN!

Tag:

Asna
aainaa
eqin
angah
sya

Friday, August 26, 2011

Kadang2 manusia ni selalu jauhkan diri


assalamualaikum..








Tiba2 teringat kau! Kau yang aku jadikan impian dulu! tengok2 "deactivate" goshhhh.... what happen? yaahhh mungkin sebab kau nak bersendiri! atau nak sekat aku supaya tak payah stalk pasal kau! Maaf lah!











Wednesday, August 24, 2011

Apple pie yang terbaik dari ladang Switzerland

assalamualaikum..

bercakap pasal menu dari mimpi sampai mengigau aku teringat akan apple pie! first time aku jadi macam tu! entah hape hal pun tatau. mungkin aku rindu dia! yeahh memandangkan tinggal bape hari je aku akan duduk rumah before masuk U better aku masak bende2 yang aku nak masak! aku teringin nak makan apple pie ala McD! so aku pun google resepi dia! dah dapat memang aku tak tunggu ah! terus angkat kaki pergi beli barang2! bab memasak aku memang rajin tahap dewa! woot2** for certain masakan je lah aku rajin! lagi2 kalau masakan western memang aku paling rajin! sebab senang dan mudah!


ta nak sembang lama! aku terus buat! excited gilerrr dah macam Chef Anis Ideal tu huh! aku adore dia kot! dah la comel, kecik lagi pandai masak!! mama pernah cakap "kalau nak masak pape tu huh tengok YOUTUBE dulu, tengok macam mner dia buat baru lah buat sendiri!" tapi aku dengan angkuhnya tak tengok any video untuk buat apple pie tu! Main buat je ikut resepi buta2! Last2 aku yang tak puas dengan hasil masakan aku sendiri! Terasa macam nak tabur je apple pie buatan aku tu kat ayam2 yang berkeliaran di belakang rumah! inti dia memang sedap tapi doh dia?

kali nih aku fail buat apple pie tapi lepas nih aku akan improve lagi sampai jadi TERBAIK dari ladang thra! ha3! =] no matter what Apple pie McD lagi best!




masyaAllah...

apple pie aku yang tak jadi!


















SELAMAT BERBUKA!




Monday, August 22, 2011

ape beza Rebus dengan Jerang?

assalamualaikum..

minggu ni minggu akhir. sume yer minggu akhir untuk RAMADHAN ,minggu akhir Laila Manja ,minggu akhir Ramadhan Terakhir cuma satu je yang tak akhir its was sinetron indon tu! errr sengal! bila tahun entah nak habis pun aku tak dapat nak jangka! letih nengok ye! tengok jugak brader! ahh lupakan sume tu!

sekarang kita akan sembang pasal menu berbuka untuk hari nih! memandangkan nafsu aku kuat untuk makan makanan western nih so aku pilih untuk masak makanan omputih je lah! senang ringkas dan cepat! u dont have to perah santan, blend cabai, giling bawang kasi hancur and everything! =] kalau masak western nih senang cepat mudah! macam McD tu hah ,order pakai telefon rumah,mau yer sampai 15min kemudian! kan mudah dan murah?

hah tu diyaaaaaaa! aku kasi upload cikai2 je gambar, karang letak yg vogue2 mau terliur tengok! biasalah di bulan RAMADHAN nih sume tercabar! dek kuat iman je tahan! baiklah untuk mendapatkan gambaran sebenar masakan aku biarlah aku create sendiri! aku memang expert bab create2 resepi nih! nak ikutkan google je lagi senang tapi karang payahhhhhh tengok resepi nih macam senang, resepi tu macam mudah, resepi yg nih pulak macam OK je last2 end up dengan tak payah lah dah hilang mood! kan melepas nak jadi suri rumah suri ram! so better buat resepi sendiri! and i will!

taraaa! ni gambar hiasan je!

resepi makaroni maak cepat
1st:
makaroni (ikut suka la nak guna jenis ape tapi kne reus dulu ye!)
bawang kecik2 ( pergh kalau una bawang nih konfem sedap )
bawang putih! ( ikut banyak mner lah)
carrot! (sayur yang paling aku gemar!)
kacang panjang! (sayur kedua yg aku paling gemar)
sosej! (cari lah yang ade tanda HALAL)
sos cili and sos tomato serta sos tiram
sedikit perasa! (tak de pon takpe)
minyak!

2nd:
panas kuali, masuk minyak, tumis bawang sume letak sosej, campur sume sayur kira dah macam berasap2 tu tauk la sos segala macam then akhir sekali letak la makaroni jenis pape pun! goreng2 sampai dah tak tahan nengok terliur tutup api hidang MAKAN yang nih tunggu azan maghrib yer! siap! senang je! tak perlu lah nak bagai2 serve yer pun! untuk hiasan aku guna pinggan bunga2 mak aku je! senang! selamat mencuba! dan selamat berbuka!




















Friday, August 19, 2011

Rujukan Kamus Dewan dan Pustaka

assalamualaikum..

sudah lumrah manusia untuk rasa sesuatu! Mungkin kerana wujudnya emosi! Setiap yang dikata tu pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan namun mungkin dengan cara yang lebih tersembunyi.. yeah masih mencari2 dia.. tunggu untuk sekian hari.. walaupun perasaan untuk menunggu lebih kuat namun masih jua mahu mengalah untuk bertindak dulu! tak pe.. aku sentiasa akan cuba menunggu untuk dia. Walaupun namanya manusia pasti akan ada rasa itu. Tak kesah la banyak atau sikit! Yang pasti ada...
( yer minggu ni macam minggu berbahasa puitis je ) DAN KURAKSASA bila nak sambung berkarya?
bila main dengan bahasa nih terasa macam Kamus Dewan dan Bahasa ja!


















Thursday, August 18, 2011

Mungkin ini yang aku rasa selepas aku berfikir.


assalamulaikum..

sudah 18, syukur! berusaha untuk berjaya menghabiskannya. nak adore spe pulak nih?

semakin lama semakin tak kesah. Rasa yang dulu sudah tak sama macam sekarang. Lain untuk sekian lamanya..maaflah jika merealisasikan kata2 manusia "manusia cepat berubah" ah tak mampu nak sangkal lagi. sudah terang lagi nyata. Adakah aku yang salah atau terlalu cepat buat keputusan? Kalau dulu ianya hidup sebagai impian tapi sekarang aku harap biarlah ia hilang..lupakan lah segala yang aku pernah cakap dulu kerana ketika itu aku masih lagi kurang arif dalam sesuatu perkara. Cuti yang panjang dengan pengisian yang pelbagai menyebabkan aku banyak berfikir dalam semua perkara termasuklah kau. Walaupun kau muncul tiba2 tapi aku dah mampu cipta cerita. Ah menipu semua ya.. salahkan aku kalau aku buat kau begitu. Aku memang begitu! Sifat aku yang suka memikirkan semua benda dalam satu masa! Sekarang, biarlah aku cari masa, masa untuk fikir kau yang dulu aku pernah jadikan impian. Bukan aku ingin lupakan tapi mungkin lebih kepada biasa. Kalau dulu2 aku sentiasa cari kau walaupun kau tak tahu tapi sekarang mungkin aku biarkan. Maafkan aku kalau kau terasa untuk sekian lamanya. Memang salah sendiri kalau tak kasi peluang dan ruang untuk berfikir panjang! Tapi aku tak mampu lagi. Tak mampu nak cuba selindung. Kita jauh dan tiada apa2 untuk dirisaukan. Lainlah kalau kau kawan aku! Aku sentiasa memikirkan kebajikan kawan2 aku! Mungkin aku lebih santai bersama kawan2 aku berbanding kau yang aku sentiasa nervous! Manusia! Maaf! Aku cuba untuk menjadi yang dulu. Namun gagal.. Aku belum bersedia untuk meneruskan rasa yang biasa ni. Kau perlu tahu aku bukan sempurna namun aku cuba cari yang sempurna bagi manusia. Akan aku cuba untuk sembunyi dari kau namun akhirnya aku yang kalah. Tetap saja mencari kau. Itu bukan sifat aku, tapi aku cuba pupuk. Mungkin kau akan faham nanti, hanya lambat atau cepat! Tunggulah sehingga waktunya akan kita cuba melihat nasib masing2 adakah menjadi impian atau hanya tinggal impian?













SELAMAT BERBUKA DAN BERPUASA!

Monday, August 15, 2011

rindu untuk bersama ketawa dan jeling!

assalamualaikum..
sekarang sudah 15hari puasa dan aku rasa sangat CEPAT! sedar tak sedar tapi kena sedar jugak bahawa aku dan yang lain hanya ada 2 minggu++ untuk habiskan sisa2 cuti ini! WHAT! kalau dulu aku pejam celik pejam celik baru sebulan cuti, pejam celik pejam celik lagi baru 2bulan cuti namun sekarang ? nak pejam celik pejam celik lagi yang cuti hanya tinggal berape minggu je lagi?

ok sekarang kita akan sibuk buat persiapan Raya dan Uni !


and mungkin lagu Raya dah berkumandang kat gegendang telinga setiap kali melangkah keluar rumah! tambah2 lagi yang pergi membeli belah di kedai2 yang SALE!

ok!


We Cry! haha i just remember the song pacik!

Saturday, August 13, 2011

Terima Kasih Daun Keladi,Ramadhan Tahun Depan kami datang Lagi!


assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kita dah puasa 12hari!
12082011 berbuka puasa dekat rumah makde!
bila sekali sekala berkumpul ramai2 macam tu terasa riang raya pulak suasana yer..
=] even kita dah besar,kita main jugak kejar2 dengan sepupu2 kita yang kecik2 tu! bak kate adek Entri Ni "sekali sekala kak!" sekali sekala je main kejar2... =D nanti bila sume dah besar tak main dah kejar2! walaupun tak semua yang ada malam tu tapi tetap meriah! haha... buat shiro lah kononnya kan jangan jeles! perghh memang makan sume sedap2 la kan! lain hari lah bro u mai! =p











p/s: asal sume tau orang yang snap gmbr2 nih parkinson so bia je lah gmbr tu gegar taufan katrina!

Friday, August 12, 2011

bila kita semakin dewasa kita akan rasa lebih dewasa

assalamualaikum..

kenapa semakin hari semakin sayang? ah...itu tipu punyer statement.kenapa semakin hari semakin biasa? terasa biasa dan tak kesah pun? aik pelik nampak yer.. kalau dulu sentiasa excited untuk segalanya tapi sekarang? manusia sentiasa berubah dan akan terus berubah kerana perubahan hormon yang bergantung kepada pemakanan dan segala rutin yang kita lakukan.tapi? kenapa kena berubah untuk lebih biasa? salah kita ke? entah lah nak cakap banyak pun tak mampu kerana sudah lali dengan sume tu. nak cuba meng excited kan diri macam dulu pun dah tak berperasaan lagi. kalau lah diri boleh di tukar2 rasanya pasti aku akan mengubah ia menjadi yang lebih normal. tak pasti dengan keadaan sekarang. manusia masing2 ade jalan cerita yang masing2 mahu kan tapi tak semestinya yang diinginkan itu akan tercoret jadi cerita mungkin jadi impian atau angan2. maaf jika aku bukan yang dulu.












SELAMAT BERBUKA DAN BERTERAWIH

Thursday, August 11, 2011

Selain dari Nafsu Makan Nafsu Bermain Mercun jugak sama naik dengan Nafsu Makan!


assalamualaikum..

bila kita semua dah semakin dewasa kita jarang main mercun. Tengok kan aje budak2 hingusan yang main pulak.Terasa panas kadang2 bila kita tengah kusyuk solat terawih depa pi main tuju mercun pulak kat kita yang dalam masjid ni...habis sume makcik2 pakat melatah! yang bapak2 pulak cool control kuat taff la kena baling dengan mercun. nak aje aku pulas telinga sorang2 yang main tu..

ah..itu zaman mereka yang masih nak membesar! nak larang pun tak boleh sebab bapak borek anak rintik! biar kan aje... tapi kalau yang sampai buta mata, tangan kudung, peha melecur, jari putus tu tak tau la nak kata apa? sapa soh tak hati2 time nak bakar mercun tu! yang rajin nak jadi scientis buat mercun kononnya buatan sendiri la sekali meletop di tangan sendiri jugak ape cer? nak salahkan ibu bapa jugak ka? anak2 la yang masing2 ade akal untuk berfikir! ye..bukan salah main pun tapi pada2 la nak main! setakat mercun lebah,mercun papan tu boleh tahan ni nak compare mercun BOLA memang meletop pun macam Bola la kan! so nak hirau asal?

Budak2 memang ade nafsu bermain yang kuat! lagi2 yang suka main tak tentu arah tu! Orang sibuk kejaq rakaat 8 atau 20 hampa pulak sibok kejaq mercun roket! errr... bagus lah pada yang main tak lebih dari 2 mercun tu! ade pulak yang nih siap main lawan2 dengan kampung sebelah! sapa punya bunyi mercun yang paling kuat! sekali meletop macam Bom Hiroshima sapa mau tanggung!

akak: main mercun main mercun!
dek: ala kak sekali sekala!
akak: pi balik la baca buku!
dek: ala kak sekarang musim raya kna main mercun!
akak: hotak hampa musim raya! malam Lailatul Qadar pun belom lagi dah berangan musim raya!
dek: ala kak sekali sekala!

biasalah budak2 otak depa banyak imaginasi yang luar dari kotak! hak benda yang tak perlu luar kotak pun nak pikiaq jugak!


nasihat tu penting! yang penting tu tengok2 kan! yer lah main mercun nih pun memang sekali sekala! so nak kata kita enjoy macam PUTERI? no la.... so pandai2 la jaga diri! sendiri buat sendiri tanggung! tapi bila dah susahkan ibubapa ape cer? tak otai la bro!







SELAMAT BERPUASA DAN BERTERAWIH!

Monday, August 8, 2011

Ramadhan muncul kembali sebelum Syawal!

assalamualaikum..

hari ni terasa nak post somthing but i dont have any good idea..of course i want to do something like EAT but ini bulan Ramadhan! errr... and bout my choc cake with oreo yesterday was succesfully baked by me my own air tangan bah!

erm... i still thinking what i'm going to talk! mcm hape je...

yeah congrates to all people yang dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti di Malaysia juga di luar Malaysia! =] u rock!
dan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KAWAN2! =] u rock!














HAVE A NICE DAY
SELAMAT BERBUKA PUASA BAGI SESIAPA YANG BERSAHUR...
KETUK2 RAMADHAN!


Sunday, August 7, 2011

Going to Mars!

assalamualaikum..

syukur..sudah 7 hari kita berpuasa..

i dont have any story rite now.i just hope i can bake a very fluffy chocolate cake this evening!