Thursday, August 18, 2011

Mungkin ini yang aku rasa selepas aku berfikir.


assalamulaikum..

sudah 18, syukur! berusaha untuk berjaya menghabiskannya. nak adore spe pulak nih?

semakin lama semakin tak kesah. Rasa yang dulu sudah tak sama macam sekarang. Lain untuk sekian lamanya..maaflah jika merealisasikan kata2 manusia "manusia cepat berubah" ah tak mampu nak sangkal lagi. sudah terang lagi nyata. Adakah aku yang salah atau terlalu cepat buat keputusan? Kalau dulu ianya hidup sebagai impian tapi sekarang aku harap biarlah ia hilang..lupakan lah segala yang aku pernah cakap dulu kerana ketika itu aku masih lagi kurang arif dalam sesuatu perkara. Cuti yang panjang dengan pengisian yang pelbagai menyebabkan aku banyak berfikir dalam semua perkara termasuklah kau. Walaupun kau muncul tiba2 tapi aku dah mampu cipta cerita. Ah menipu semua ya.. salahkan aku kalau aku buat kau begitu. Aku memang begitu! Sifat aku yang suka memikirkan semua benda dalam satu masa! Sekarang, biarlah aku cari masa, masa untuk fikir kau yang dulu aku pernah jadikan impian. Bukan aku ingin lupakan tapi mungkin lebih kepada biasa. Kalau dulu2 aku sentiasa cari kau walaupun kau tak tahu tapi sekarang mungkin aku biarkan. Maafkan aku kalau kau terasa untuk sekian lamanya. Memang salah sendiri kalau tak kasi peluang dan ruang untuk berfikir panjang! Tapi aku tak mampu lagi. Tak mampu nak cuba selindung. Kita jauh dan tiada apa2 untuk dirisaukan. Lainlah kalau kau kawan aku! Aku sentiasa memikirkan kebajikan kawan2 aku! Mungkin aku lebih santai bersama kawan2 aku berbanding kau yang aku sentiasa nervous! Manusia! Maaf! Aku cuba untuk menjadi yang dulu. Namun gagal.. Aku belum bersedia untuk meneruskan rasa yang biasa ni. Kau perlu tahu aku bukan sempurna namun aku cuba cari yang sempurna bagi manusia. Akan aku cuba untuk sembunyi dari kau namun akhirnya aku yang kalah. Tetap saja mencari kau. Itu bukan sifat aku, tapi aku cuba pupuk. Mungkin kau akan faham nanti, hanya lambat atau cepat! Tunggulah sehingga waktunya akan kita cuba melihat nasib masing2 adakah menjadi impian atau hanya tinggal impian?













SELAMAT BERBUKA DAN BERPUASA!

No comments: