Thursday, June 30, 2011

Saya godam blog anda sebentar..

Hye.maafla terpaksa menceroboh diari maya kmu ni =) Tetapi sy nak bercerita tentang sesuatu jadi sy terpaksa la meceroboh jugak.saya boleh je nk bercakap.tapi saya memilih untuk tidak bercakap memandangkan sy nk simpan suara sy untuk sekian lama yang boleh.

Ok,kita terus kepada topik cerita sy.Sy nak describe atau terangkan tentang gmbar sebelah kiri sy tuu.Seperti yang kamu dapat lihat..ada pelbagai subjek dalam gmbar tuu.manusia,rokok,air-cond,kereta,pokok,dan sebagainya.Tapi gmbar ni telah ditangkap dengan memfokuskan pada subjek manusia.Manusia adalah sesuatu yang teramat kompleks.Maksud sy di sini,manusia ada perasaan,kerenah,pandangan dan segala bagailahh..
Ia sangat berbeza jika dibandingkan berkomunikasi dengan pokok.Itu bunyinya lebih mudah kerana pokok tidak mempunyai respons seperti manusia.

Jadi ketika gambar ini ingin diambil,sy terpaksa berkomunikasi dahulu dengan subjek sy iaitu manusia di dalam gambar ini la.Ketika sessi komunikasi berlaku,sy juga terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk membeli sebatang rokok sebagai upah kepada subjek sy sebelum sy diizinkan mengambil gambarnya.Lihatlah betapa rumitnya sessi komunikasi ini walaupun hanya sekadar ingin menangkap beberapa keping gambar.Manusia bukanlah seperti tong sampah atau kereta yang boleh diambil gambarnya tanpa meminta izin terlebih dahulu.Itu pun bergantung kepada keadaan.Sesetengah manusia tidak terlalu sensitif apabila gambar mereka diambil.Sesetengah daripada mereka juga masih tidak mengizinkan gambar mereka diambil walaupun kita telah berkomunikasi dengan mereka.Namun,jika kita bijak berkomunikasi mungkin mereka mengizinkan gambar mereka diambil.

Point yang ingin saya highlightkan disini ialah,walaupun kita tahu berkomunikasi,jika salah caranya maka pengakhirannya juga berbeza.Sebagai contoh apa yang berlaku beberapa hari yang lalu,sy telah menerima satu sms.Yaa..antara persoalan yang telah sy fikir ketika menerima sms tersebut adalah seperti siapa?mengapa?kenapa?dan sebagainya la.Namun,sy sukar mentafsir sms tersebut di mana sy mungkin telah membalas semula sms tersebut dengan cara yang tak sepatutnya.Lain manusia lainlah pemikirannya.Itu belum dikira dengan pemboleh ubah yang lain seperti masa dan keadaan.Sebagai contoh,saya menerima sms tersebut ketika saya letih dan kurang perhatian dan sy dengan tidak sengaja telah membalas sms tersebut dengan cara yang salah.Maka,tanggapan penerima sms tersebut turut akan berubah.

Jadi permulaan komunikasi adalah sangat penting.Itulah antara perkara yang saya pelajari ketika sessi outing bersama Fotoradikal Kedah.Terima kasih Mr. Kairuddin Razak!

Apa pun,saya tidak menyalahkan penghantar sms tersebut .Cuma,mungkin salah sy kerana kurang tumpuan.Mohon maaf.Itu saja cerita saya untuk kali ini.Sekian. *wink10 IMU.kalau penat rehatla..jangan kje kuat sgt =)




From your P.A
Have a nice day!

No comments: