Monday, February 20, 2012

Sekejap bukan sesaat


Semakin kita jalan2 sudah menjadi dewasa. Banyak benda yang kita perlu buat keputusan. Banyak sangat sehingga aku rasa fobia untuk meneruskan perjalanan. Bukan senang nak jadi yang terbaik untuk semua yang aku sayang. Mungkin kadang2 aku lebih kan yang biasa dan kurangkan yang istimewa. Bukan senang bro! Tapi semua manusia sedang tengok kau. Inginkan sesuatu yang hebat berlaku pada kau. Tunjukkanlah kehebatan tu. Ah mungkin aku belum terpilih untuk Mei ini. Tapi takkan aku tak mampu gapai yang 5 itu? Aku yakin yang membantu aku mampu dan aku juga mampu.
Babah sebagai pembakar semangat aku. Kalau dulu beliau sentiasa cek Merc Benz yang baru orang tolak kedai untuk dijadikan santapan mata tapi sekarang? Babah lebih memilih kerja sebab negara Malaysia naikkan segala harga barang! Nasib baik la harga tandas masih lagi rm0.30! kalau naik jugak jadi rm0.50 memang aku sanggup balik rumah! Bukan tanda kedekut tapi aku bersyukur dengan tandas rumah yang bersih dan peramah.
Ijazah sarjana muda yang dikejar? Owh bukan! aku lebih inginkan masa depan yang bagus. Ijazah untuk kehidupan sangat penting tapi takkanlah hanya bila tarikh peperiksaan sudah dekat aku pulak jadi Katak bawah tempurung yang tidak mahu keluar bilik duduk diam2 atas kerusi belek2 buku sambil pintu kunci.Takut2 orang datang mintak tolong. Alhamdulillah aku bukan begitu. Lagi musin exam la aku tak lekat dekat bilik.
Untuk yang terbaru tab bersama wifi hanya rm1678 je? bayangkan! (^______^)
stop asking the guy yang berdiri dekat kaunter sambil main tembak2 puaka!
Dan yang terakhir Toksin Masuk Toksin Keluar sangat best!

cukup?

bagus!

No comments: