Thursday, February 9, 2012

10/02/2012


assalamualaikum..
kali ni terasa nak menaip.Tak lama lagi sem 2 nak mula jadi langkahku harus lah lebih dewasa dan matang. Bak kata babah "Kehidupan yang mematangkan kita" .... tapi kalau kehidupan yang biasa mungkin lambat nak matang. tapi tak ada pun manusia dalam dunia ni diuji biasa2 sepoi2 bahasa kan... tentu2 Allah uji dia dengan dugaan yang berbeza dan mengikut kemampuan masing2. Pepatah cakap "Ukur kain di badan sendiri" tapi kawan aku cakap "kawan makan kawan la kat sini" masyaAllah ...... FYI thra tak makan manusia mahupun awak! Tak nak la aku jadi cannibal bagai2! Order pizza atau mcD pun lagi bagus dari kau!

Bila kita semua dah besar umo pun sudah capai 20an kenapa masih nak biarkan minda di pengaruhi dengan anasir negatif bha?? sila basuh cuci kasi bersih! hanya ada ion +ve saja untuk menyenangkan kehidupan masing2. +ve -ve mesti akan ada dalam kehidupan tapi kenapa perlu banyakkan -ve daripada +ve? Tatau?? datanglah timba ilmu banyak2..

Malam tadi sembang dengan mak uda! mak uda cakap "Badan kita diciptakan dari tanah, tanah memerlukan air untuk terus subur! apply kan dalam kehidupan! MINUMLAH AIR MINERAL SEBANYAK 2LITER! tapi jangan minum dengan terlalu banayk kerana akan berlaku hidrasi yang sangat aneh! sama macam tanah kalau siram air banyak2 dia akan bertakung!

Kenapa barat tak guna ubat yang sama macam Malaysia guna?

Tadi tahan teksi nak balik rumah dekat cheras,pemandunya seorang cina. Tangannya berplaster dan bengkak2.. ah konfem cuci darah! "uncle,u baru cuci darah haa?" "eh,mana lu tau huh?lu jululawat maaa??" "hahaha tokwan saya pun cuci darah jugak dulu" "owhhh...." bla..bla..bla..bla!

Waktu jalan nak pergi bus stop leka main telefon...tibe2 nampak bus U65! makkkkk.....aku berlari anak dengan laju2 kejar bus! tak pernah2 kejar bus pakai baju kurung,hari ni pulak cipta sejarah! Nasib baik pemandu bus tu faham lalu berhenti sabar tunggu aku sampai depan pintu! orang kiri kanan bagi sokongan "cepat2!!" "cepat2!!" masyaAllah.... malu!! nasib baik la tenaga ade untuk berlari anak! masuk2 bus ade sit! parking baik punyer... 30minit kemudian aku sandar kepala dekat bag lalu TIDUR!!! hahaha

Kawan2...kadang2 hidup ni perlukan pemahaman! tolongla faham keadaan.Tak perlu nak kecoh2 pasal sesuatu yang anda tak tahu. Dah la tak tahu, buat2 tahu pulak tu! Tanya dulu baru cakap. Dan kadang2 yang baik tu la jahat dan jahat tu la jahat! cuma manusia ni boleh berubah2 mengikut tahap warna hati dia!

Dan untuk kali ni kenapa nak cari masalah kalau masalh tu dah nak selesai??

okbye!

HAVE A NICE DAY

No comments: