Thursday, November 24, 2011

...awak dan yang lain..


assalamualaikum..

hari ni terasa sangat resah. <---ayat tak boleh belah... harapkan sesuatu akan berlaku tapi hanya doa sahaja yang menentukan.

Tadi ada test CSC dan Calculus.

Alhamdulillah..

kadang-kadang bila kita semakin dewasa kita akan belajar erti kehidupan sebenar dengan sendirinya.Bukan dengan berkongsi pengalaman atau bertanya pendapat.Akan hadapi juga cuma masa yang menentukannya.

Hidup ni penuh dengan pelbagai rasa.Deria saja yang terhad namun rasa adalah soal hati dan perasaan. Tentu rasa marah lahir dari hati bukan mata dan telinga. Hati yang terasa bukan kaki atau tangan. Jiwa yang kacau bukan mata dan hidung yang terseksa.

Semuanya lahir dari hati. yang lain hanya menyampaikan.

Biarlah awak nak senyap seribu kata tapi tak rasa ke hidup kita dah berbeza sangat dari erti kata KAWAN? sangat jauh! tak rasa ke? kenapa kena bermasam muka kalau kita sentiasa akan berjumpa. Kita sama naluri seorang perempuan. Ada rasa sakit kan kalau dia buat kita menyampah? tapi kita cuba tolak tepi sebab awak kawan kita. Kita dah tak macam dulu. Sangat tak macam dulu. Mungkin sebab kita sama naluri seorang perempuan. Saya tafsir perempuan sangat sensitif tapi kita tolak tepi sensitif kita sebab kita ta nak awak sedih. Tapi kenapa awak sensitif? tak rasa rugi ke bila tak bercakap dengan kita lama2?

Bukan senang untuk jadi baik kalau orang sekeliling tak tegur dan perbaiki. Kita selalu buat salah tapi bila ada awak dan yang lain kita boleh sempurna. Bukan sempurna dengan hanya ada tuan punya tulang je tapi awak dan yang lain. Bukan senang untuk terus begini. Kalau dulu kita senyum ketawa sama2 tapi sekarang dah hilang. Kita ada ego kita jugak tapi cuba kita buang untuk awak dan yang lain. Sebab kita tak nak sakitkan naluri seorang perempuan. Sebab kita ada naluri yang sama. Tipu la kalu kita kata kita tak de perasaan. Ta kan nak tipu pulak. Tapi kita cuba lupakan untuk awak dan yang lain. semua sama ada naluri seorang perempuan.

Bila kita jatuh sila angkat sebab kita berat. Bila kita lapar sila hulur roti sekadar alas perut pun tak pe.Bila kita mengantuk sila jaga masa tidur kita untuk hanya 5minit sahaja. Bila kita lupa bawa purse sila kasi pinjam RM2.70 sebab kita nak makan roti canai telur dengan roti bom. Bila kita sakit sila kasi panadol dengan air mineral supaya kita ada rasa nak telan ubat. Bila kita rasa nak shopping sila offer diri untuk ikut serta. Itu la sempurna untuk seorang manusia macam kita yang sama naluri seorang perempuan. saling melengkapi. Kita sama charges yang diciptakan untuk saling bantu membantu. Kalau awak dan yang lain tak de boleh ke kita hidup dengan buang semua"Bila kita .....??"

tak pe kita memang suka bercakap, terima saja kita yang macam tu. Kalau kita sayang kita sentiasa ingatkan. Kita bukan manusia yang boleh hidup sorang2. Kalau internet tu boleh jadi kawan sekali pun, kita takkan pilih internet sebab internet buat kita lupa semua manusia yang ada sifat bergaul dan bercakap.

maaf la kalau masa yang kita pilih bukan sesuatu yang digemari. Masa sentiasa berjalan. Kita akan jadi besar setiap hari. Hari ni tak sama dengan hari esok atau semalam. Lupakan apa yang jadi sebab bila kita mulakan hidup baru pada esok hari tentu ianya lebih baik. Jadikan ianya baik bukan biasa seperti hari2 lain.




terima kasih awak dan yang lain.







HAVE A NICE DAY

No comments: