Sunday, December 11, 2011

cerita satu malam


assalamualaikum..
mood hari ni yang sangat tenang. Masih lagi mampu teguk secawan kopi sebagai alas perut waktu pagi sambil tangan ligat tekan keyboard untuk komen mengkomen dekat muka buku...geli pulak bermadah pagi2..

semalam seharian aku keluar untuk cari sesuatu yang mungkin dapat mendewasakan aku dari segi masa dan pengorbanan. Ahhh ...mula2 aku pelik kenapa kawan aku terlalu sorokkan plan dorang dan akhirnya aku faham.Tak semua perkara boleh di beritahu direct sebab manusia ada perasaan TAK MAHU juga.Terima kasih kawan! yeahhh dah lama tak dengar benda yang motivasikan diri ni. Kadang2 kena jugak diri sendiri cari untuk memotivasikan diri. Kalau setakat tunggu bulan jatuh ke riba memang haram la nak dapat. Kata semakin besar dan dewasa kan jadi carilah ilmu ape saja yang baik untuk diri dan orang sekeliling.

Pulangnya malam hampir 11 malam. Itu semua satu dugaan. Malam2 anak gadis berada di tengah hiruk pikuk kota raya memnag tak manis. Sebab kita anak gadis. Masih muda dan perlukan keselamatan yang rapi. BUkansenang nak jaga diri di tengah kesibukan manusia ni. Alhamdulillahhhh sampai jugak bilik sendiri dengan jayanya. Sangat letih tapi itulah pengalaman. Dah lama tak timba pengalaman baru berbanding dengan orang yang satu tu.

hahaha....malam tadi gerhana bulan! ahhh itu aku tak tahu tapi malam tadi aku tenung bulan curi2 sambil tunggu KTM ke KL sentral. Wahhhh perasaan yang biasa namun tetap bersyukur.

Malam tadi juga aku tengok seribu situasi. Ada yang mengejar dunia, buta , anak dan mak , kasih dan sayang , cinta palsu , shock fashion , couple , remaja jalanan , asap rokok yang banyak gila nak mampos , hitam dan putih , dan pelbagai lagi... ta mampu nak ungkap banyak dalam ni sebab itu pengalaman aku. Tapi ape yang aku nak cakap tentang ...

anak dan mak! Bukan senang nak faham jiwa mak kalau anak sendiri dah rasa macam besar sangat sedangkan nak beli topup pun mintak duit mak. Mak kata masuk ke gerabak depan, boleh pulak si anak jadi batu buat2 tak tahu. Kurenggg.... hati mak sangat terasa sebab aku nampak si mak tu pandang luar sambil jejari mari dia bermain laju. Hati si amk gelisah dan mungkin kecewa dengan anak yang tak dengar kata. Mata si mak pun aku tengok sudah berair2 tapi tak menitis lagi mungkin sebab dia kuat dan tabah.

couple! yang ni aku rasa cinta palsu oleh couple yang gila fashion. Sama je dua2..tak tahu la nak describe macam mana tapi dari ape yang aku boleh ambil dari situasi yang macam tu "jangan terlalu ikutkan hati. Sebab kita semua tak tahu takdir yang kita akan lalui. Jangan terlalu ikutkan perasaan remaja yang hanya tahu baik buruk tapi lemah nak bezakan baik dan buruk akhirnya jadikan yang baik dan buruk tu sebagai campuran dalam hidup. Ahhhh ayat ni aku je yang faham sebab aku amik apa yang aku tengok. Jadikan panduan aku dalam soal hati dan perasaan. Ahhhh masing2 ada hala tuju yang lain2 dan kalau ada, tentu jumpa di hujung hala. wakakaka

Buta! ni lago satu fenomena yang baru aku tengok. Mula2 nampak sorang buta jalan laju saja pakai tongkat putih. Macam mana dia tengok jalan? itulah mata hati. Selepas dia ada lagi yang satu nak lintas jalan. Yang ni dibantu oleh manusia yang ada mata.Tapi serius memang banyak sekali orang buta malam tadi. Mungkin untuk menyedarkan aku tentang erti bersyukur.Alhamdulillah..

Dan yang lain situasi tu aku biarkan saja macam tu. Yeahhh kalau nak taip dalam mesej memang panjang jela...Nahhhh ini saja untuk pengalaman semalam. hahaha... untuk kau yang sedang membaca, bagus la kau sibuk untuk sesuatu yang kau memang perlu sibukkan. Tapi jangan lupa yang atas yang satu yang kita ada. Sentiasa bercakap dengan DIA sebab DIA sentiasa dengar kau dan doa kau. Kalau kau ada masa untuk dunia tentu ada masa untuk akhirat. Apa apa pun aku sentiasa doakan kau yang selalu berjaya.Terima kasih untuk ambil berat walaupun kau sibuk.

bye...

No comments: