Thursday, December 15, 2011

Senyum seindah bahasa


assalamualaikum..
minggu ni banyak perkara yang kena tangguh. Rasa tak puas hati selalu ada tapi bila fikirkan balik mesti ada sebab disebalik yang berlaku. Dalam minggu ni jugak setiap hari terkejar2. Tapi aku rasa takpe...baru la manusia ni kenal erti masa! hahaha ....Minggu depan merupakan minggu terakhir kuliah sebelum datangnya STUDY WEEK dan akhir sekali Final Sem 1! hahaha .... serius gua cuak! Tapi ape2 pun kena hebat!

Senyum saja la walaupun tension berlori2 dekat kepala. Kadang2 manusia ni kena tanggung beban yang betul2 beban.Baru hardcoree.... sebenarnya tadi dengar amrina cakap "Mesti mu hardcore study math!" so kali ni aku nak guna perkataan hardcore la plak kan..sebab aku tak pernah sebut hardcore! Bagi aku hardcore tu untuk musik yang rock kapak parang bilah bagai. Tapi kali ni bahasa dah pelbagai. Senaraikan je tentu aku boleh jawab. Macam bahasa Telefon! singkatan yang sesingkat2 ye sampaikan kena tanya balik "PMK tu ape??". Bahasa manja yang buat aku nak muntah hijau! owh yang ni bagi mereka yang pelat S! "cweettt la kamoooo!!!" kalau adik aku dapat ayat macam ni memang dia akan bahas selebar2 ye. Sila guna bahasa yang sempurna sikit. Hahaha manusia macam2 hidup dalam dunia ni.

semalam pulak aku dengar Ani cakap "Dia sindir kita la tuuu!!" Sindir! jarang aku dengar berbanding dengan perli. Hahaha tapi tu tak jadi masalah besar dalam hidup aku untuk bezakan sindir dengan perli.

Tapi bagi aku bahasa itu sempurna. Hanya manusia saja yang kena pandai guna.

Dan untuk kali ni, aku akan buat apa yang aku fikirkan sekarang. Kalau aku rasa aku lebih ke arah kanan aku akan gerak ke kanan.

Ok, buat masa ni cukup la sampai sini.

No comments: