Thursday, December 15, 2011

Komitmen untuk seribu perkara



assalamualaikum..
Esok aku ada quiz final CSC! CSC adalah pelajaran yang melibatkan komputer dan manusia. Apabila dua2 bergabung akan jadi GILA... aku tabikk springggg pada sesiapa yang amik programming course. Perghhhh terasa macam ada otak Eistein saja atau pun otak Steve Jobs. Tinggal cita-cita saja la.... Tapi kalau belajar betul2 konfemmmm boleh buat punya. Tapi tak semua perkara itu senang untuk difahami dan di aplikasikan.

Ye bercakap pasal CSC ni buat aku terfikir satu perkataan iaitu Komitmen. Mungkin setengah orang fikir komitmen tu ringan tapi bagi aku sebaliknya. Nak jadi Seketeriat UiTM Shah ALam pun separuh mati nak terkejar2 apatah lagi yang hanya jadi AJK Kolej. Bagi mereka yang memang sukakan kerja2 macam ni memang patut jadi pun, tak perlu la nak jadi pemurah "Tak pa laaa kasi kat depa yang tak penah jadi papa la" no! thats not easy as ABC... ada budak yang jual air kata "Sekejap Bi sekejap BM!" yee itu bahasa yang aku suka guna. Nama pun manusia tentunya nakkan kelainan.

Komitmen tu bukanlah sesuatu yang nampak kalau tak tunjukkan. Sama je kalau kau bayar tuisyen sebab nak straight A++ tapi selalu skip tuisyen dengan alasan nak ikut mak pergi jalan2. Kan tak komit dengan sesuatu?

Konklusi ya komitmen tu PENTING dalam semua perkara yang kita buat. Tak kesah la besar atau kecil. Semuanya kena ada tanggungjawab dan usaha yang sungguh2...macam CSC! Usaha untuk memahami tu lebih penting dari mengingati....


Selamat Malam semua ..

p/s: kau yang sibuk selalu jaga diri.

No comments: