Friday, December 9, 2011

Dan kali ni juga...


assalamualaikum..
Suatu ketika bila masuk kelas CTU kelas yang popular dengan budak hafalan kena la buat presentation to get the highest mark and for sure PERFECTION is important. wakakaka... tapi untuk kumpulan aku yang pertama dan terawal aku hanya buat ala kadar. Sebab persediaan yang sangat sekejap hanya satu malam. Tak seperti persediaan untuk orang yang akan berkahwin. Kali ni gambar candid lebih berharga dari gambar peace2 bagai tu. Semuanya natural. tak de yang perlu disorokkan. Mungkin itu yang lebih cantik dari yang faker punya. Owhhh macam pepatah "Cantik luar Buruk dalam" errr....

Dan kali ni juga aku pilih Aisyah.. Kawan se kos aku yang sangat tinggi lampai. Hampir cecah 17++ . Otai tapi kasih... Hahaha...

Dan kali ni juga aku teringat sesuatu. Ye yang tinggi lampai jugak mungkin yang lebih 18++ . hahaha kadang2 manusia ni akan terasa nak mencari juga bila dah lama tak bertanya khabar. Owhh itu mungkin aku dan kau pula aku tak tahu. Lain orang lain perangai. Tetapi aku tahu kau masih di situ. Cuma kau semakin pandai bahagi masa sebab kau sentiasa bermain dengan masa dan manusia. Pelbagai yang sudah banyak kau tangkap dan simpan. Bagus! mana tahu ada terselit dua tiga kuning di situ. Ahhh aku rindu kuning yang satu tu.

Dan kali ni juga aku fikir untuk lebih menjaga hati. Hati kawan2 yang aku dah sakitkan. Bak kata Ustazah Azizah "Kebenaran tu pahit!" InsyaAllah semuanya akan aku hargai. Maaf la kawan2 yang aku terlepas cakap. Bukan senang nak kawal lidah. Sebab ianya tak bertulang.

Esok aku ada Ujian Kawad untuk semester ni dan harapnya MARKAH PENUH. Tapi gerenti esok gugup banyak sebab dah lama tinggal Kawad. Sebab aku berjalan seperti biasa bukannya skema macam kawad kaki. Takpe...Semua tu boleh diatur.

Dan kali ni juga kawan aku ajak pulang ke rumah dia. Aku tak mampu turutkan sebab beberapa perkara. Aku tak nak menyusahkan. Hahaha...dah la aku kuat makan, nak survive di rumah orang kena berpada2..kang telan 2 pinggan macam tak sopan pula. Aku cerewet dalam makanan jadi susah sikit bila mahu ke tempat orang. Rasa bersyukur lagi sebab ,masih mampu makan.

Ok, malam semakin ke pagi. Aku perlukan tenaga untuk esok yang kena berkawad di pagi hari. Kepala masih lagi terpusing2 tanda pening2 sejak petang tadi. Hentam jugak kayuh basikal keliling UiTM. Ahhh itu untuk menghirup udara yang ada saki baki segar. Tak pela.... masih lagi boleh bernafas walaupun tak segar. =]

Dan kali ni hanya OK good Nite. Tahu dibalas dengan senyuman yang tak nampak. Tak pe sibuk barang kali atur urusan peribadi.

No comments: